Wednesday 4 April 2012



KURSUS TERKINI








KURSUS BEKAM SUNNAH TAHUN 2012



Yuran : RM250



Lokasi : Kedai Penawar Sihir & Saka (belakang Masjid Jumhuriyah Tmn Dato Harun PJ)



Barang-barang yang diberikan percuma: 4 kotak bekam,sebatang pen bekam,25pcs lancet,sekotak alcohol swab,sebotol minyak zaitun,nota bergambar dan juga sijil



Tarikh kursus : Dibuka setiap dua minggu sekali pada hari AHAD 9am-11am.Akan datang pada 15 april 2012



Cara pendaftaran : Terbuka kepada peserta lelaki dan wanita,sila sms sehari awal sebelum datang ke Utz Hanafiah 019-994 0839



Tenaga pengajar : Utz Hanafiah 019-994 0839 (Jurubekam Berpengalaman)

Friday 16 March 2012

RAWATAN ECZEMA

Assalamualaikum, pesakit eczema yang dirawat minggu lepas datang untuk rawatan susulan dibawa oleh bapanya. Agak menakjubkan juga eczema yang dideritai sekian lama sembuh dan kembali pulih 98% dalam tempoh seminggu sahaja pesakit menjalani rawatan dengan kaedah ruqyah,bekam dan minyak zaitun. Pesakit datang untuk meneruskan dengan rawatan asma pula. Mudah2an dipermudahkan kesembuhan oleh Allah.

Wednesday 14 March 2012

Bekam Pesakit Kencing Manis

Pesakit wanita ini datang berjumpa saya pada sel13mac 2012 untuk melakukan bekam sunnah bagi merawat penyakit kencing manis.Bacaan gulanya sekitar 10 @11 . Saya telah melakukan bekam pada 6 poin sunnah pada badan beliau dengan bayaran promosi rm20 sahaja tapi beliau bagi lebih sedikit. Pesakit ini dapat berita tentang kebaikan bekam dari sebuah buku yang ditulis oleh penyanyi sebuah kumpulan nasyid terkenal yangmana anak penyanyi terkenal itu telah sembuh dari penyakit ketumbuhan dengan kerap melakukan terapi bekam dan ruqyah syariiyah sahaja. Saya mencadangkan kepada beliau mengambil juga cuka kurma dan habbatussawda setiap hari sebagai pelengkap kepada kaedah rawatan.

Monday 5 March 2012

PROMOSI BEKAM DAN RESDUNG

Sempena pembukaan kedai baru di no 12 Medan Feri Kuantan maka kami mengadakan promosi bagi rawatan bekam dan resdung SELAMA sebulan.

Bagi rawatan bekam sunnah 6 poin pada harga RM 20 sahaja. Setiap cup tambahan pada harga rm3

Rawatan resdung keluar lendir + asap muka  juga RM 20 sahaja. Datanglah beramai-ramai. Rawatan bekam dan resdung wanita dijalankan oleh Pn. Aisyah Soim di no 33  Lorong 35 Taman Indera Sempurna Kuantan.Sila hubungi  0148004086.

Friday 2 March 2012

KEDAI RAWATAN DI KUANTAN TELAH MULA BEROPERASI


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kedai saya di No 12 Medan Feri Kuantan telah mula beroperasi dan telah merawat beberapa orang pesakit. Mudah2an Allah menjadikan saya hambanya yang bersyukur.Waktu rawatan isnin-jumaat 9pg hingga 11 malam. Sabtu 9pg-12 tgh. Manakala hari Ahad saya cuti kerana pergi mengajar kursus bekam di Tmn Dato Harun Pjaya Selangor



Wednesday 29 February 2012

SOALAN2 KERAP DITANYA TENTANG BEKAM

FAQ Tentang Rawatan Bekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZERS sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam dua minggu sekali sebanyak tiga kali sesi berturut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Berbekam pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong atau berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.

Pekerjaan sebagai JURUBEKAM adalah kerja yang mulia..

Photobucket

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya"
Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.