Friday 16 March 2012

RAWATAN ECZEMA

Assalamualaikum, pesakit eczema yang dirawat minggu lepas datang untuk rawatan susulan dibawa oleh bapanya. Agak menakjubkan juga eczema yang dideritai sekian lama sembuh dan kembali pulih 98% dalam tempoh seminggu sahaja pesakit menjalani rawatan dengan kaedah ruqyah,bekam dan minyak zaitun. Pesakit datang untuk meneruskan dengan rawatan asma pula. Mudah2an dipermudahkan kesembuhan oleh Allah.

Wednesday 14 March 2012

Bekam Pesakit Kencing Manis

Pesakit wanita ini datang berjumpa saya pada sel13mac 2012 untuk melakukan bekam sunnah bagi merawat penyakit kencing manis.Bacaan gulanya sekitar 10 @11 . Saya telah melakukan bekam pada 6 poin sunnah pada badan beliau dengan bayaran promosi rm20 sahaja tapi beliau bagi lebih sedikit. Pesakit ini dapat berita tentang kebaikan bekam dari sebuah buku yang ditulis oleh penyanyi sebuah kumpulan nasyid terkenal yangmana anak penyanyi terkenal itu telah sembuh dari penyakit ketumbuhan dengan kerap melakukan terapi bekam dan ruqyah syariiyah sahaja. Saya mencadangkan kepada beliau mengambil juga cuka kurma dan habbatussawda setiap hari sebagai pelengkap kepada kaedah rawatan.

Monday 5 March 2012

PROMOSI BEKAM DAN RESDUNG

Sempena pembukaan kedai baru di no 12 Medan Feri Kuantan maka kami mengadakan promosi bagi rawatan bekam dan resdung SELAMA sebulan.

Bagi rawatan bekam sunnah 6 poin pada harga RM 20 sahaja. Setiap cup tambahan pada harga rm3

Rawatan resdung keluar lendir + asap muka  juga RM 20 sahaja. Datanglah beramai-ramai. Rawatan bekam dan resdung wanita dijalankan oleh Pn. Aisyah Soim di no 33  Lorong 35 Taman Indera Sempurna Kuantan.Sila hubungi  0148004086.

Friday 2 March 2012

KEDAI RAWATAN DI KUANTAN TELAH MULA BEROPERASI


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kedai saya di No 12 Medan Feri Kuantan telah mula beroperasi dan telah merawat beberapa orang pesakit. Mudah2an Allah menjadikan saya hambanya yang bersyukur.Waktu rawatan isnin-jumaat 9pg hingga 11 malam. Sabtu 9pg-12 tgh. Manakala hari Ahad saya cuti kerana pergi mengajar kursus bekam di Tmn Dato Harun Pjaya Selangor