ADAKAH PAKU INI OBJEK SIHIR ?
Minggu lepas saya telah mendapat jemputan untuk meruqyah seorang pesakit wanita di Wangsa Maju KL.Pesakit tersebut mengadu sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian perut dan anggota badan yang lain.
Jadi seperti biasa saya memulakan sesi ruqyah dan memegang belakang pesakit dengan tapak tangan kanan.Pesakit amat-amat tidak selesa ketika ruqyah dibacakan dan bahagian belakang badan terasa amat panas.
Selepas tamat sesi ruqyah yang pertama,saya menyediakan sebaldi air paip yang dicampur limau dan ais,lalu saya membacakan ruqyah pada air tersebut dan menyuruh kakaknya untuk memandikan pesakit.
Setelah selesai sesi mandian ais,saya melakukan sesi ruqyah untuk kali kedua dan pesakit mula menunjukkan perubahan positif dimana kurang terasa sakit berbanding sesi ruqyah yang pertama.
Akhir sekali,saya menyuruh kakak pesakit untuk melakukan bekam darah diseluruh bahagian belakang pesakit,semasa proses bekam tersebut pesakit meraung kesakitan seperti bahagian belakang terasa panas dan terbakar.Bagi mereka yang badannya dihuni jin,memang akan terasa tindakbalas sedemikian rupa apabila dilakukan rawatan bekam darah.
Sebelum saya pulang,pesakit sempat memberikan sebilah paku kepada saya,pesakit menjumpainya ketika pesakit ingin menukar pakaian didalam bilik sehari sebelum rawatan.Saya lantas menawarkan paku tersebut dengan membaca yunus 81-82 dan merendamnya dengan cuka makan.
No comments:
Post a Comment