BERDIALOG DENGAN HANTU RAYA DAN SYAITAN
Enam hari lepas saya berkesempatan merawat seorang surirumah di Sunway..Kes mereka ini ialah beliau terkena sihir pemisah sejak sekian lama,dimana sihir nie telah bertapak sudah 8 tahun iaitu sejak beliau mendirikan rumahtangga hingga lah sekarang nie.
Simptom yang beliau alami ialah kerap bermimpi dikejar binatang semasa tidur,suka naik angin terhadap suami,melihat wajah suami dalam kedaan yang buruk dan juga sakit pinggang,kepala serta badan gatal-gatal.Nafsu beliau terhadap suami juga agak menurun disebabkan permainan sihir tersebut....
Saya seperti biasa membacakan set ruqyah dan setelah 5min berlalu,pesakit mula kerasukan dan jinnya mula menangis....lalu terjadilah dialog dengan jin tersebut..
Saya : Wahai jin ..kenapa kamu ganggu pesakit nie ?
Jin : Tolong ustaz aku dah tua...aku dah tak larat nak sakitkan dia lagi...
Saya : Dah tahu tua pun masih tak sedar diri lagi...Sebaiknya kamu bertaubat dan kembali kepangkal jalan...
Jin : Aku diupah dan disuruh oleh tuan aku untuk bunuh dia..tapi aku sakit dan nak keluar dari tubuh ini ..tapi tuan aku ikat dalam badan dia..
Saya : Engkau nie jin kategori apa yer..tunjukkan padaku dimana semua ikatan yang kau katakan tu ?
Jin : Aku hantu raya (pesakit masih kerasukan dengan lidah terjelir panjang)..ikatan tu banyak ustaz..ada merata-rata tempat..
Saya : Lantas terus saya membacakan selawat tafrijiyah 3x,al falaq 3x dan an nas 3x pada secawan air dan diberikan pesakit minum..Pesakit mulai muntah tapi jin masih degil dan berada dalam badan pesakit lagi...
Syaitan : Jangan kau kacau aku !!! (suara jin yang berlainan dari jin yang mula-mula tadi)
Saya : Engkau nie jin mana pula nie ?
Syaitan : Aku syaitan...aku ingin bunuh dia..haaa haa haa...
Saya : Macam nie lah...nampak gayanya aku terpaksa berkasar dengan kamu semua nie sebab kamu semua nie zalim kerana menyakiti jasad manusia nie sudah sekian lama..(saya memicit jari manis kaki pesakit)
Syaitan : Aduhhhhhhhh ahhhhhhh !!!!!!! (Syaitan menjerit dengan kuat sekali sehingga boleh kedengaran satu blok apartment)
Saya : Saya agak tidak selesa dengan jeritan jin yang terlalu kuat oleh jin pengganggu dan bunyi tersebut boleh mengganggu ketenteraman penduduk apartment tersebut.Lalu saya tidak menyeksa jin pesakit dan baringkan pesakit...Lalu saya membacakan pada semua air mineral Lauanzalna 7x untuk dibuat minum dan mandian oleh pesakit...
Setelah tamat bacaan Lauanzalna tersebut,pesakit mulai sedar dan bangun semula dengan keadaan wajah yang cerah berbanding sebelum sesi rawatan tadi.Pesakit mengatakan badan ada rasa ringan sedikit dan terasa ada benda yang keluar...
Saya menasihatkan pesakit untuk istiqomah dengan amalan,serta minum dan juga mandi air ruqyah yang saya sediakan tadi selama 7hari berturut-turut.

No comments:
Post a Comment