Tips Menjaga Kesihatan-Istiqomahlah Melakukan Bekam Sunnah
Adalah sangat beruntung jika kita dapat berbekam sebulan sekali secara istiqomah samada mengikut tarikh di dalam hadis di atas atau tidak kerana ini dapat menghindarkan penyakit berbahaya berkumpul di dalam darah dan organ dalaman seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Perlu difahami bahawa kebanyakan penyakit yang menimpa umat Islam di Malaysia adalah penyakit yang berkumpul di dalam badan hari demi hari,bulan demi bulan ,tahun demi tahun disebabkan oleh pemakanan,alam sekitar,rokok,ubat-ubatan dan lain-lain. Pengumpulan toksin ini jika tidak dibuang dengan kaedah bekam maka ia akan menjadi mudhorat yang besar di pertengahan usia atau usia tua seperti yang dialami oleh masyarakat kita sekarang.
Membuang toksin dengan kaedah bekam adalah salah satu kaedah yang termudah kerana anda tidak terikat dengan apa-apa prescription. Darah kotor dibuang ,penyakit pun hilang semudah itu sahaja.
No comments:
Post a Comment