Friday, 17 February 2012



MERAWAT KES JIN ASYIK DI SUBANG JAYA

Malam tadi sekitar 8pm saya melakukan rawatan di subang jaya berkenaan seorang pesakit wanita sering pengsan dan kerasukan ditempat kerja.Perkara nie sudah berlarutan selama sebulan dan adakalanya pesakit mencekik diri sendiri bila kerasukan,jadi malam tadi abang kepada pesakit memanggil saya kerumahnya untuk sesi ruqyah.

Setelah saya membuka semua penutup air mineral,saya pun memulakan rawatan dengan memegang ubun-ubun pesakit dan membacakan ayat-ayat ruqyah.Selepas habis bacaan al fatehah pesakit mulai kerasukan dan saya pun bertanya kepada jin kenapa kerap mengganggu pesakit...Jin tu mengatakan dia suka pada jasad pesakit dan apa cara sekalipun dia takkan keluar dari badan pesakit.Saya mengatakan kepada jin,jika masih berdegil dan sombong,saya akan meneruskan bacaan ruqyah selama 10min lagi.

Jin dalam badan pesakit mulai meraung dan menangis dengan sekuatnya...tapi belum ada tanda-tanda ingin keluar dari jasad pesakit...Saya tamatkan rawatan dengan memanggil nama pesakit berulang kali..Kemudian saya terus membacakan ayat-ayat ruqyah pada air mineral selama 10min dan memberikan pesakit untuk diminum dan dibuat mandi bersama-sama limau dan ais.

Setelah selesai pesakit mandi,saya melakukan sesi ruqyah kali kedua dan pesakit masih kerasukan lagi...kemudian saya membacakan surah thaha 69 ulang-ulang sambil menepuk belakang pesakit selama 10min...pesakit mulai muntah dan sedar...pesakit merasakan ada benda keluar dari mulut dia semasa dia muntah tadi...

Saya seperti biasa membekalkan pesakit air ruqyah untuk minum dan mandian selama 7hari berturut-turut...Pesakit perlu menjaga solat dan amalkan al falaq dan an nas tiap-tiap lepas solat.Saya juga memberikan mp3 ruqyah untuk diperdengarkan 1x sebelum tidur selama sebulan dan pesakit juga dinasihati untuk kurangkan mendengar sebarang lagu-lagu yang melalaikan selama dalam proses rawatan ini.Rawatan tamat...

No comments:

Post a Comment