TARIKH SUNNAH UNTUK BERBEKAM TIBA LAGI
خَيْرُ يَوْمٍ تَحْتَجِمُوْنَ فِيْهِ سَبْعَ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَإِحْدَى وَعِشْرِيْنَ , وَقَالَ: وَمَا مَرَرْتُ بِمَلإٍَ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي إِلاَّ قَالُوْا: عَلَيْكَ بِالْحِجَامَةِ يَا مُحَمَّدُ
Maksudnya: Hari yang baik untuk kamu berbekam padanya ialah 17, 19 dan 21. Dan sabda Baginda seterusnya: Aku tidak lalui pada malaikat dari malaikat-malikat (yang ditemui) pada malam aku diisrakkan kecuali mereka mengatakan: “Hendaklah kamu berbekam wahai Muhammad”.
Dan sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Abu Daud, al-Baihaqi:
مَنِ احْتَجَمَ لِسَبْعَ عَشْرَةَ وَتِسْعَ عَشْرَةَ وَإِحْدَى وَعِشْرِيْنَ كَانَ شِفَاءً مِنْ كُلَّ دَاءٍ
Maksudnya: Barangsiapa berbekam pada (hari) 17,19 dan 21 adalah penyembuhan dari segala penyakit. Maka pilihlah salah satu dari tarikh-tarikh ini untuk melakukan bekam sunnah. Semoga memperolehi keberkatan dan kesihatan yang baik kerana mengikut anjuran Rasulullah saw dengan ISTIQOMAH melakukan bekam pada tarikh yang dinyatakan
No comments:
Post a Comment