Semalam saya ada merawat seorang pesakit OKU kerana ada beberapa masalah gangguan jin yang beliau hadapi seperti ada benda bergerak-gerak bawah kulit,nafsu seksual menurun dan juga panas baran terhadap anak-anak.
Saya seperti biasa menyuruh pesakit duduk melunjur dan pejamkan mata,lalu saya membacakan set aya...t-ayat ruqyah seperti fatehah,al baqarah 1-5,al baqarah 102,al baqarah 163,kursi,al a'araf 117-122,yunus 81-82,thaha 69,al mukminun 115-118,as soffat 1-10,ar rahman 33-36,al hasyr 21-24 dan 3 qul.
Setelah tamat bacaan ruqyah,pesakit merasakan bahang amat panas dibahagian tengkuk,lalu saya menasihatkan pesakit untuk melakukan minum dan mandian air ruqyah selama 7 hari berturut-turut untuk mendapat kesembuhan maksimum dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment