JIN BUAT SIMBOL ROCK
Semalam saya berkesempatan meruqyah seorang pesakit wanita yang sudah lama dibelenggu masalah gangguan jin di Cheras.Pesakit nie bila dibacakan ruqyah,otak dan mindanya sedar cuma tangan beliau sahaja yang jin kawal yang membuatkan anggota badannya ingin menyerang perawat.
Kalau kes begini,kita susah nak memukul jin tersebut kerana minda pesakit sedar 100% dan kalau kita lihat kes-kes terdahulu,jin amat suka mengawal otak pesakit dan ia berlaku sebaliknya pula untuk kes sebegini.
Saya meruqyah pesakit dalam jarak 1 meter untuk langkah-langkah keselamatan kerana tangan pesakit sudah mula menggenggam cuba untuk menyerang saya,tapi yang peliknya tangan kiri pesakit kerap membuat simbol "rock" seperti gambar diatas.Saya pun naik pelik..apa pulak maksud jin nie...
Selepas tamat bacaan ruqyah,saya meniup pada satu jug air filter untuk pesakit buat minum dan mandian....Rawatan tamat..
No comments:
Post a Comment